سُورَةُ الرحمن

Surah Ar-Rahman

Madaniyyah78 ayatJuzuk 27
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

ٱلرَّحْمَٰنُ ۝١

Ar-rahmaan

(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

عَلَّمَ ٱلْقُرْءَانَ ۝٢

`Allamal-qur'aan

Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.

خَلَقَ ٱلْإِنسَٰنَ ۝٣

Khalaqal-insaan

Dia lah yang telah menciptakan manusia; -

عَلَّمَهُ ٱلْبَيَانَ ۝٤

`Allamahul-bayaan

Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.

ٱلشَّمْسُ وَٱلْقَمَرُ بِحُسْبَانٍ ۝٥

Ash-shamsu wal-qamaru bihusbaan

Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;

وَٱلنَّجْمُ وَٱلشَّجَرُ يَسْجُدَانِ ۝٦

Wan-najmu wash-shajaru yasjudaan

Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.

وَٱلسَّمَآءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ ٱلْمِيزَانَ ۝٧

Was-samaa'a rafa`ahaa wawada`al-meezaan

Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,

أَلَّا تَطْغَوْا۟ فِى ٱلْمِيزَانِ ۝٨

Allaa tatghaw fil-meezaan

Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;

وَأَقِيمُوا۟ ٱلْوَزْنَ بِٱلْقِسْطِ وَلَا تُخْسِرُوا۟ ٱلْمِيزَانَ ۝٩

Wa'aqeemul-wazna bil-qisti walaa tukhsirul-meezaan

Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.

وَٱلْأَرْضَ وَضَعَهَا لِلْأَنَامِ ۝١٠

Wal-arda wada`ahaa lil-anaam

Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:

فِيهَا فَٰكِهَةٌ وَٱلنَّخْلُ ذَاتُ ٱلْأَكْمَامِ ۝١١

Feehaa faakihatuw wan-nakhlu dhaatul-akmaam

Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;

وَٱلْحَبُّ ذُو ٱلْعَصْفِ وَٱلرَّيْحَانُ ۝١٢

Wal-habbu dhul-`asfi war-rayhaan

Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ۝١٣

Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadhdhibaan

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

خَلَقَ ٱلْإِنسَٰنَ مِن صَلْصَٰلٍ كَٱلْفَخَّارِ ۝١٤

Khalaqal-insaana min salsaalin kal-fakhkhaar

Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,

وَخَلَقَ ٱلْجَآنَّ مِن مَّارِجٍ مِّن نَّارٍ ۝١٥

Wakhalaqal-jaanna mim maarijim min naar

Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ۝١٦

Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadhdhibaan

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

رَبُّ ٱلْمَشْرِقَيْنِ وَرَبُّ ٱلْمَغْرِبَيْنِ ۝١٧

Rabbul-mashriqayni warabbul-maghribayn

(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ۝١٨

Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadhdhibaan

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

مَرَجَ ٱلْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ ۝١٩

Marajal-bahrayni yaltaqiyaan

Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;

بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ ۝٢٠

Baynahumaa barzakhul laa yabghiyaan

Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ۝٢١

Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadhdhibaan

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

يَخْرُجُ مِنْهُمَا ٱللُّؤْلُؤُ وَٱلْمَرْجَانُ ۝٢٢

Yakhruju minhumal-lu'lu'u wal-marjaan

Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ۝٢٣

Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadhdhibaan

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

وَلَهُ ٱلْجَوَارِ ٱلْمُنشَـَٔاتُ فِى ٱلْبَحْرِ كَٱلْأَعْلَٰمِ ۝٢٤

Walahul-jawaaril-munsha'aatu fil-bahri kal-a`laam

Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ۝٢٥

Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadhdhibaan

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ ۝٢٦

Kullu man `alayhaa faan

Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:

وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو ٱلْجَلَٰلِ وَٱلْإِكْرَامِ ۝٢٧

Wayabqaa wajhu rabbika dhul-jalaali wal-ikraam

Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ۝٢٨

Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadhdhibaan

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

يَسْـَٔلُهُۥ مَن فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِى شَأْنٍ ۝٢٩

Yas'aluhoo man fis-samaawaati wal-ard, kulla yawmin huwa fee sha'n

Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ۝٣٠

Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadhdhibaan

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?

سَنَفْرُغُ لَكُمْ أَيُّهَ ٱلثَّقَلَانِ ۝٣١

Sanafrughu lakum ayyuhath-thaqalaan

Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ۝٣٢

Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadhdhibaan

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

يَٰمَعْشَرَ ٱلْجِنِّ وَٱلْإِنسِ إِنِ ٱسْتَطَعْتُمْ أَن تَنفُذُوا۟ مِنْ أَقْطَارِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ فَٱنفُذُوا۟ لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطَٰنٍ ۝٣٣

Yaama`sharal-jinni wal-insi inistata`tum an tanfudhoo min aqtaaris-samaawaati wal-ardi fanfudhoo, laa tanfudhoona illaa bisultaan

Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ۝٣٤

Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadhdhibaan

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

يُرْسَلُ عَلَيْكُمَا شُوَاظٌ مِّن نَّارٍ وَنُحَاسٌ فَلَا تَنتَصِرَانِ ۝٣٥

Yursalu `alaykumaa shuwaazum min naariw wanuhaasun falaa tantasiraan

Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ۝٣٦

Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadhdhibaan

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

فَإِذَا ٱنشَقَّتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتْ وَرْدَةً كَٱلدِّهَانِ ۝٣٧

Fa'idhanshaqqatis-samaa'u fakaanat wardatan kad-dihaan

Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ۝٣٨

Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadhdhibaan

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

فَيَوْمَئِذٍ لَّا يُسْـَٔلُ عَن ذَنۢبِهِۦٓ إِنسٌ وَلَا جَآنٌّ ۝٣٩

Fayawma'idhil laa yus'alu `an dhambihee insuw walaa jaann

Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ۝٤٠

Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadhdhibaan

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

يُعْرَفُ ٱلْمُجْرِمُونَ بِسِيمَٰهُمْ فَيُؤْخَذُ بِٱلنَّوَٰصِى وَٱلْأَقْدَامِ ۝٤١

Yu`raful-mujrimoona biseemaahum fayu'khadhu bin-nawaasee wal-aqdaam

Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ۝٤٢

Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadhdhibaan

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

هَٰذِهِۦ جَهَنَّمُ ٱلَّتِى يُكَذِّبُ بِهَا ٱلْمُجْرِمُونَ ۝٤٣

Haadhihee jahannamul-latee yukadhdhibu bihal-mujrimoon

(Lalu dikatakan kepada mereka): “Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya”.

يَطُوفُونَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ حَمِيمٍ ءَانٍ ۝٤٤

Yatoofoona baynahaa wabayna hameemin aan

Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ۝٤٥

Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadhdhibaan

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ جَنَّتَانِ ۝٤٦

Waliman khaafa maqaama rabbihee jannataan

Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ۝٤٧

Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadhdhibaan

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

ذَوَاتَآ أَفْنَانٍ ۝٤٨

Dhawaataa afnaan

(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ۝٤٩

Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadhdhibaan

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

فِيهِمَا عَيْنَانِ تَجْرِيَانِ ۝٥٠

Feehimaa `aynaani tajriyaan

Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ۝٥١

Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadhdhibaan

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.

فِيهِمَا مِن كُلِّ فَٰكِهَةٍ زَوْجَانِ ۝٥٢

Feehimaa min kulli faakihatin zawjaan

Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ۝٥٣

Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadhdhibaan

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

مُتَّكِـِٔينَ عَلَىٰ فُرُشٍۭ بَطَآئِنُهَا مِنْ إِسْتَبْرَقٍ وَجَنَى ٱلْجَنَّتَيْنِ دَانٍ ۝٥٤

Muttaki'eena `alaa furushim bataa'inuhaa min istabraq, wajanal-jannatayni daan

Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ۝٥٥

Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadhdhibaan

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

فِيهِنَّ قَٰصِرَٰتُ ٱلطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَآنٌّ ۝٥٦

Feehinna qaasiraatut-tarfi lam yatmithhunna insun qablahum walaa jaann

Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ۝٥٧

Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadhdhibaan

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

كَأَنَّهُنَّ ٱلْيَاقُوتُ وَٱلْمَرْجَانُ ۝٥٨

Ka'annahunnal-yaaqootu wal-marjaan

Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ۝٥٩

Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadhdhibaan

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

هَلْ جَزَآءُ ٱلْإِحْسَٰنِ إِلَّا ٱلْإِحْسَٰنُ ۝٦٠

Hal jazaa'ul-ihsaani illal-ihsaan

Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ۝٦١

Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadhdhibaan

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

وَمِن دُونِهِمَا جَنَّتَانِ ۝٦٢

Wamin doonihimaa jannataan

Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ۝٦٣

Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadhdhibaan

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

مُدْهَآمَّتَانِ ۝٦٤

Mudhaammataan

Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ۝٦٥

Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadhdhibaan

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

فِيهِمَا عَيْنَانِ نَضَّاخَتَانِ ۝٦٦

Feehimaa `aynaani naddaakhataan

Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ۝٦٧

Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadhdhibaan

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

فِيهِمَا فَٰكِهَةٌ وَنَخْلٌ وَرُمَّانٌ ۝٦٨

Feehimaa faakihatuw wanakhluw warummaan

Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ۝٦٩

Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadhdhibaan

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

فِيهِنَّ خَيْرَٰتٌ حِسَانٌ ۝٧٠

Feehinna khayraatun hisaan

Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ۝٧١

Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadhdhibaan

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

حُورٌ مَّقْصُورَٰتٌ فِى ٱلْخِيَامِ ۝٧٢

Hoorum maqsooraatun fil-khiyaam

Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ۝٧٣

Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadhdhibaan

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَآنٌّ ۝٧٤

Lam yatmithhunna insun qablahum walaa jaann

(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ۝٧٥

Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadhdhibaan

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

مُتَّكِـِٔينَ عَلَىٰ رَفْرَفٍ خُضْرٍ وَعَبْقَرِىٍّ حِسَانٍ ۝٧٦

Muttaki'eena `alaa rafrafin khudriw wa`abqariyyin hisaan

Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ۝٧٧

Fabi'ayyi aalaa'i rabbikumaa tukadhdhibaan

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

تَبَٰرَكَ ٱسْمُ رَبِّكَ ذِى ٱلْجَلَٰلِ وَٱلْإِكْرَامِ ۝٧٨

Tabaarakasmu rabbika dhil-jalaali wal-ikraam

Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

Abdullah Basumayyah · English

Downloads

Free, no sign-up. Save for offline use or share with family.

All formats →
Quran PDF & MP3 downloadsAll 114 surahs in PDF and MP3 by famous reciters